Pages

Thursday 1 December 2011

Hantaran atas kepala (overhead)

Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (in setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.

Cara-cara hantaran atas kepala

1) Posisi bersedia
a) Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b) Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c) Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d) Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e) Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam.
f) Siku bengkok ke luar.
g) Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
h) Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

2) Pergerakkan
a) Bergerak di bawah bola.
b) Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c) Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d) Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e) Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f) Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g) Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola

3) Kontak
a) Kontak dilakukan di atas dahi.
b) Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c) Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d) Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e) Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari

No comments:

Post a Comment