Pages

Friday 2 December 2011

Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)


Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.

Cara-cara hantaran bawah tangan
1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu- ibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.
 
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan.

3) Kontak
Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.

Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatus mesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

No comments:

Post a Comment