Pages

Thursday 1 December 2011

Peraturan Pertandingan Bola Tampar

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Penjara Malaysia

2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Institusi Penjara yang dipilih mengikut ketentuan kalendar sukan MSPM

3. PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang bertugas di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.
4.2 Perlawanan akan bermula pada ____________ dan berakhir pada _____________ Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
4.4 Perlawanan akan dijalankan dengan cara enam (6) pemain sepasukan. Setiap pasukan hendaklah
mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika kurang dari jumlah pemain yang sepatutnya,
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah.

5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A & B dan dijalankan
secara liga. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian bagi menentukan kumpulan masing-masing.
5.2 Pusingan Awal
Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga untuk
menentukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets).
5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Johan dan Naib
Johan kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan
bertanding dalam perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara kalah mati (Best
of 5 Sets).

6. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
6.1 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang
mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan
diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26 - 24, 27 - 25 ……)
6.2 Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2 , set penentuan (set ketiga dan kelima) akan dimainkan
sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai.
6.3 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia
( MAVA).
6.4 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Setiap kemenangan akan diberikan 2 mata
dan kekalahan 0 mata. Jika berlaku lebih dari pasukan mendapat mata yang sama dan layak untuk
ke pusingan seterusnya maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk menentukan pemenang:
Kaedah 1 : Nisbah set terbesar - Jumlah set menang
Jumlah set kalah
Kaedah 2 : Nisbah mata terbesar - Jumlah mata set menang
Jumlah mata set kalah
Jika masih tiada pemenang , pengundian akan diadakan.
6.5 Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor di sebelah belakang dan hadapan. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak dibenarkan.

7. PENGADIL PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan.
Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktmad.

8. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik
oleh pihak penganjur kejohanan ini.

No comments:

Post a Comment