Pages

Tuesday 6 December 2011

Classic Game Room - MARIO SPORTS MIX for Wii review, VOLLEYBALL!


Teknologi amat biasa bagi pelajar pada marcapada. Dengan itu, mereka dapat mengenalkan pelbagai jenis permainan bola melalui computer dan internet.

Friday 2 December 2011

Volleyball training

Brazil's Training Session

Gelanggang Bola Tampar

Kemahiran Asas Permainan Bola Tampar



(i) Hantaran
(ii) Servis
(iii) Merejam
(iv) Mengadang

Bola Tampar- Mengadang

Mengadang

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentangsmesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy.
 
Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
 
(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas.
(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

Bola Tampar- Merejam

Rejam sambil berlari (running spike)

a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
 
Berlari (run up) tiga langkah.
Langkah pertama adalah bermasa (a timing pace).
 
(ii) Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau menadah tangan.
 
Cara-cara merejam.
 
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.
 
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.
d) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawalspike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
e) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan

Merejam (Smesy)

a) Tidak ada run-up
b) Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
d) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
e) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f) Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
g) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Bola Tampar- Hantaran Bawah Tangan

Bola Tampatr- Hantaran atas kepala

Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)


Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.

Cara-cara hantaran bawah tangan
1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu- ibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.
 
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan.

3) Kontak
Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.

Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatus mesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

Thursday 1 December 2011

Hantaran atas kepala (overhead)

Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (in setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.

Cara-cara hantaran atas kepala

1) Posisi bersedia
a) Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b) Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c) Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d) Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e) Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam.
f) Siku bengkok ke luar.
g) Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
h) Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

2) Pergerakkan
a) Bergerak di bawah bola.
b) Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c) Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d) Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e) Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f) Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g) Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola

3) Kontak
a) Kontak dilakukan di atas dahi.
b) Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c) Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d) Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e) Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari

Bola Tampar- Serve

Servis atas kepala (overhead)

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat
(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.
Cara-cara membuat servis atas kepala
1) Posisi bermula
Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Lambungan / pemindahan beratan
Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
bahu lengan yang membuat servis.
b)Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
3) Aksi tangan kontak
a) Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi membaling bola.
b) Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c) Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.
d) Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e) Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis gelombang (floata)
Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.

Servis bawah tangan (underhand)

 

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan
hanya sedikit keupayaan fizikal.
 Cara-cara melakukan servis ini
1) Posisi bermula
                         
                         a) Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
                    b) Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan
                        tangan kanan (right handed server).
                  c) Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
                  d) Bengkokkan sedikit lutut.
                         e) Badan menghadap ke hadapan.
                             Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah
                            kanan badan.
                      Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
                         2)  Lambungan
                         a) Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
             Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
                              tangan sekaligus tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

Peraturan Pertandingan Bola Tampar

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Penjara Malaysia

2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Institusi Penjara yang dipilih mengikut ketentuan kalendar sukan MSPM

3. PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang bertugas di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan kemudian.
4.2 Perlawanan akan bermula pada ____________ dan berakhir pada _____________ Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
4.4 Perlawanan akan dijalankan dengan cara enam (6) pemain sepasukan. Setiap pasukan hendaklah
mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika kurang dari jumlah pemain yang sepatutnya,
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah.

5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A & B dan dijalankan
secara liga. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian bagi menentukan kumpulan masing-masing.
5.2 Pusingan Awal
Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga untuk
menentukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets).
5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Johan dan Naib
Johan kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan
bertanding dalam perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara kalah mati (Best
of 5 Sets).

6. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
6.1 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang
mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan
diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26 - 24, 27 - 25 ……)
6.2 Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2 , set penentuan (set ketiga dan kelima) akan dimainkan
sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai.
6.3 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia
( MAVA).
6.4 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Setiap kemenangan akan diberikan 2 mata
dan kekalahan 0 mata. Jika berlaku lebih dari pasukan mendapat mata yang sama dan layak untuk
ke pusingan seterusnya maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk menentukan pemenang:
Kaedah 1 : Nisbah set terbesar - Jumlah set menang
Jumlah set kalah
Kaedah 2 : Nisbah mata terbesar - Jumlah mata set menang
Jumlah mata set kalah
Jika masih tiada pemenang , pengundian akan diadakan.
6.5 Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor di sebelah belakang dan hadapan. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak dibenarkan.

7. PENGADIL PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan.
Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktmad.

8. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik
oleh pihak penganjur kejohanan ini.

Sejarah Bola Tampar




Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.